suria

Olivia Munn buang sistem peranakan, anggap keputusan terbaik selepas hidap kanser payudara

Olivia sudah tidah boleh mengandung selepas menjalani prosedur histerektomi.

PELAKON Olivia Munn mengambil keputusan menjalani prosedur histerektomi bagi membuang sistem peranakan seperti rahim, tiub falopio dan ovarinya selepas disahkan menghidap kanser payudara tahun lalu.

Olivia, 44, berkata, dia mengambil langkah drastik itu sebagai salah satu cara mengurangkan risiko kanser berkenaan merebak ke bahagian peranakannya.

Melakukan prosedur berkenaan pada April lalu, Olivia berkata ia merupakan alternatif kepada ubat rawatan kanser yang menyebabkan kesan sampingan.

size NP 1 - 2024-05-13T150109.833

Olivia melawan kanser payudara sejak disahkan menghidapi penyakit itu tahun lalu.

Bercakap menerusi temu bual eksklusif bersama majalah Vogue, Olivia menganggap ia keputusan paling terbaik pernah dilakukan.

"Saya buang rahim, tibu falipio dan ovari, kesemuanya! Ia keputusan terbaik pernah saya buat," katanya.

Dalam pada itu, Olivia berkata, histerektomi meningkatkan kualiti hidupnya walaupun dia tidak dapat mengandung jika ingin memiliki cahaya mata.

ARTIKEL BERKAITAN: Coco Lee derita kanser payudara, rupanya ada sebab rahsia penyakit

ARTIKEL BERKAITAN: Dua tahun derita kanser payudara, Marshanda sudah pulih selepas cuba rawatan tradisional

Namun katanya, dia sempat membekukan telurnya sebelum menjalani prosedur berkenaan dan akan menggunakan kaedah ibu tumpang jika dia dan suami iaitu pelawak Johan Mulaney ingin mendapatkan cahaya mata.

Pelakon disahkan menghidap kanser pada Mac tahun lalu dan sel barah didapati sudah merebak ke dua-dua belah payudaranya.

Olivia dan Mulaney yang mula menjalinkan hubungan sejak 2021 mempunyai seorang cahaya mata iaitu Malcom berusia tiga tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain