suria

Ria Ricis mahu jalani pembedahan plastik, Oki Setiana Dewi diminta nasihat adik

Ria mahu buang lemak bawah mata agar terlihat lebih cantik.

PERSONALITI media sosial popular Indonesia Ria Ricis semakin mendapat perhatian masyarakat sejak bergelar seorang janda.

Terbaharu, Ria tanpa berselindung meluahkan hasrat ingin melakukan pembedahan kosmetik bagi membuang lemak di bahagian kantung matanya.

"Saya nak buat pembedahan. Buang lemak dalam kantung mata," katanya menerusi Instagram miliknya.

Dalam pada itu, ramai menentang hasratnya itu kerana pembedahan plastik adalah bertentangan dengan ajaran Islam.

ricis 1

Netizen mula muak dengan Ria.

Malah ada turut mengaitkan kakaknya iaitu Oki Setiana Dewi sama ada pendakwah berkenaan tidak mengajar adiknya tentang hukum melakukan pembedahan plastik.

"Tak padan dengan adik ustazah! Suka nak ubah ciptaan Allah.

"Cubalah bersyukur... Dah cukup cantik lepas bercerai. Kenapa nak kena ubah?," komen netizen.

Ada pula menganggap Ria sengaja mengeluarkan kenyataan tersebut bagi meraih perhatian orang ramai.

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen selongkar video lama, tuduh Ria Ricis biadab dengan bapa mentua

ARTIKEL BERKAITAN: Tekanan punca Teuku Ryan abai nafkah batin, tak ghairah tengok Ria Ricis sebab fikir masalah

Sebelum ini pernah timbul dakwaan Ria melakukan pembedahan di bahagian dagu dan hidung kerana merasakan ia berada pada kedudukan yang tidak seimbang.

Ria menyangkal dakwaan tersebut sebaliknya hanya melakukan senaman wajah.

Untuk rekod, Ria mendirikan rumah tangga dengan pelakon Teuku Ryan pada November 2021 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Cut Raifa Aramoana.

Pasangan itu bagaimanapun sah bercerai talak satu pada 3 Mei lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain