suria

Kelly Clarkson akhirnya cakap jujur, ubat kurus bantu turunkan berat badan

Kelly berjaya menurunkan berat badan sebanyak 17 kilogram.

PENYANYI Kelly Clarkson akhirnya membuat pengakuan jujur berat badannya turun mendadak disebabkan mengambil ubat kurus.

Pengakuan itu dibuat selepas ramai menuduhnya menipu apabila memberitahu dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak 17 kilogram disebabkan banyak berjalan kaki dan tidak mengambil karbohidrat.

Bagaimanapun juara program American Idol musim pertama itu menegaskan dia tidak mengambil Ozempic iaitu sejenis ubat bagi merawat penyakit diabetes seperti sesetengah selebriti.

ARTIKEL BERKAITAN: Berat badan turun secara mendadak, Kelly Clarkson tak terkejut diberitahu hidap pra-diabetes

ARTIKEL BERKAITAN: Kelly Clarkson mencari cinta tapi tak mahu kahwin lagi... Bimbang terlalu banyak kes cerai

"Ramai sangka saya makan Ozempic tetapi bukan. Ia merupakan ubat lain," katanya.

Kelly memaklumkan perkara itu dalam temu bual bersama pelakon dan pengacara Whoopi Golberg pada Isnin lalu.

Sebelum ini, kelly memberitahu dia nekad menurunkan berat badan selepas berasa tertekan melihat bentuk tubuhnya di dalam cermin.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain