SEJAK Mac lalu heboh tentang penyanyi Ailee bakal mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan hatinya. Ia susulan identiti teman lelakinya tersebar apabila Ailee dikatakan sedang hangat bercinta dengan pelakon Choi Si Hoon yang juga peserta program Single Inferno. Tidak mengiya atau menidakkan khabar angin tersebut, Ailee sebaliknya memberitahu dia sedang menunggu waktu tepat untuk berkongsi soal perkahwinan dengan peminat. Ailee ingin berkongsi berita gembira pada waktu yang tepat. Kata Ailee, 34, walaupun kecewa apabila khabar angin itu tersebar, namun dia tetap rasa bersyukur apabila peminat mendoakan kebahagiaannya. "Saya bercadang untuk berkongsi berita gembira ini apabila tiba masanya. "Walaupun pada awalnya saya agak kecewa tapi dengan sokongan daripada anda semua buatkan saya ingin berkongsi kegembiraan ini dengan semua orang," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Hati Ailee sudah dimiliki, bakal kahwin ahli perniagaan tahun depan ARTIKEL BERKAITAN: Konsert ‘I Am: Here’ Ailee 22 Jun, Aina Abdul dipilih penyanyi pembuka tirai Penyanyi itu menjelaskan perkara berkenaan menerusi hantaran di akaun SNS miliknya. Sebelum ini timbul khabar angin Ailee bakal berkahwin pada tahun depan dan sedang sibuk membuat persiapan. Untuk rekod, Ailee mula mencipta nama dalam industri menerusi lakonan dalam drama Dream High 2 dan beberapa lagu hit termasuk I Will Go to You Like the First Snow dan Heaven. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!