suria

Jennifer Lopez bakal bercerai lagi, Ben Affleck sudah ‘angkat kaki’

Keretakan hubungan Ben dan Jennifer sudah mula dihidu peminat.

PASANGAN selebriti berpengaruh Hollywood iaitu Ben Affleck dan Jennifer Lopez dilaporkan bakal bercerai.

In Touch melaporkan Ben juga sudah ‘angkat kaki’ dan keluar dari kediaman mewah mereka yang dilaporkan bernilai RM300 juta.

Pasangan itu juga dikatakan bakal menjual banglo mewah tersebut sebagai salah satu penyelesaian penceraian mereka.

Ben dan Jennifer dikhabarkan bakal bercerai.

Ben dan Jennifer dikhabarkan bakal bercerai.

"Ben sudah berpindah keluar dari kediaman mewah mereka dan mungkin akan menjual banglo berkenaan.

"Mereka tidak pernah berhenti mencintai antara satu sama lain tetapi ada takdid yang tidak dapat dikawal atau diubah," kata sumber.

Menurut sumber lagi, pasangan yang popular dengan jolokan ‘Beniffer’ itu juga sebelum ini sudah cuba menyelamatkan perkahwinan mereka namun gagal mencari titik persefahaman.

ARTIKEL BERKAITAN: Kisah cinta 20 tahun lalu jadi igauan, Jennifer Lopez dan Ben Affleck derita PTSD

ARTIKEL BERKAITAN: Tak puas hati tentang fesyen... Jennifer Lopez dan Ben Affleck bergaduh ketika berjalan di 'red carpet'

"Mereka menunggu hampir dua dekad untuk kembali bersama tetapi akhirnya hubungan mereka tidak berjalan seperti diharapkan.

"Ben dan Jennifer sudah matang dan belajar daripada kesilapan lalu namun beberapa isu lebih besar memusnahkan hubungan mereka," ujarnya.

Dalam pada itu, berita berkenaan tidak mengejutkan peminatnya kerana sudah dapat menghidu keretakan hubungan Ben dan Jennifer.

Ia susulan pasangan itu sudah agak lama tidak menghadiri acara bersama termasuk Met Gala 2024 yang diadakan pada 6 Mei lalu.

Jennifer hadir tanpa ditemani Ben dan kemunculannya menjadi bualan kerana mempamerkan wajah yang sedih dan seperti tidak bermaya ketika melalui acara karpet merah.

Pihak pengurusan Ben ketika itu memberi alasan aktor itu tidak dapat menemani isterinya kerana sibuk di lokasi penggambaran filem The Accountant 2.

Ben dan Jennifer didakwa sudah tidak tinggal sebumbung.

Ben dan Jennifer didakwa sudah tidak tinggal sebumbung.

Untuk rekod, Jennifer dan Ben pada awalnya menjalinkan hubungan percintaan pada awal tahun 2000.

Bagaimanapun hubungan tersebut terputus apabila mereka membatalkan perkahwinan pada 2003.

Pada 2021, mereka kembali bercinta dan kemudiannya mendirikan rumah tangga setahun kemudian.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain