suria

Muzik tiba-tiba terhenti ketika persembahan, netizen puji Babymonster selamba teruskan nyanyian live

Walaupun baru debut, tetapi kemampuan menyanyi mereka tidak boleh disangkal.

PERSEMBAHAN kumpulan Babymonster ketika menyanyikan lagu Blackpink berjudul As If It's Your Last semasa konsert yang berlangsung di Jepun pada 11 Mei lalu menarik perhatian ramai.

Menerusi video tular di media sosial, muzik lagu tersebut tiba-tiba terhenti akibat masalah teknikal ketika kumpulan berkenaan sedang melakukan persembahan.

Tidak menunjukkan sebarang reaksi panik, sebaliknya kesemua anggota Babymonster dilihat tetap meneruskan nyanyian walaupun tanpa iringan muzik.

Copy of Untitled - 2024-05-15T131400.120

Kebolehan mereka menyanyi dipuji ramai sejak awal debut lagi.

Netizen di ruangan komen memuji kebolehan dan keberanian mereka menyanyi secara 'live' pada usia kerjaya yang masih dianggap mentah.

Ada juga netizen yang membandingkan kemampuan mereka dengan kumpulan wanita lain yang lebih berpengalaman.

"Pertama kali saya lihat kumpulan K-pop yang boleh menyanyi live sebaik ini.

"Baru debut tak sampai setahun tetapi dah boleh menyanyi sebaik ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Kazuha Le Sserafim dituduh tiru Suzy, peminat suruh cari identiti sendiri

ARTIKEL BERKAITAN: Le Sserafim dikritik gagal nyanyi ‘live’ di pentas Coachella, netizen luar negara bandingkan persembahan Dolla lebih bai

"Mereka lebih bagus menyanyi daripada kumpulan yang buat persembahan di Coachella hari itu," komen netizen.

Untuk rekod, Babymonster memulakan kerjaya pada November tahun lalu menerusi lagu Batter Up.

Tak lama selepas itu, kumpulan tersebut secara rasmi debut setelah salah seorang anggota Ahyeon menyertai kumpulan berkenaan pad 1 April tahun ini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain