SEORANG ahli feng shui berasal dari Indonesia meramalkan perkahwinan antara Rizky Febian dan Mahalini bakal berdepan dugaan orang ketiga yang mahu menganggu rumah tangga mereka. Menerusi satu perkongsian di Instagram @kokofengshui, individu berkenaan juga turut memberitahu pasangan ini akan terus kekal bahagia sehingga tua. "Akan ramai orang ketiga yang cuba merosakkan hubungan mereka (Rizky dan Mahalini), tetapi semuanya gagal. Rizky dan Mahalini bernikah di sebuah hotel mewah di Jakarta. "Mereka akan bahagia sampai tua," ujarnya. Individu berkenaan berkongsi perkara tersebut di laman Instagram dan turut menyatakan dia sudah membuat ramalan sejak Januari 2023 bahawa pasangan ini akan bernikah. Ramalan tersebut dibuat berdasarkan gabungan tarikh lahir Rizky dan Mahalini. ARTIKEL BERKAITAN: Rizky Febian sah jadi suami Mahalini, beri jongkong emas sebagai mas kahwin ARTIKEL BERKAITAN: Mahalini hanya mampu jeling, Rizky Febian mahu 12 orang anak Dalam masa sama individu berkenaan juga memberitahu kerjaya seni kedua-dua mereka akan terus berkembang selepas mendirikan rumah tangga. "Saya melihat Rizky dan Mahalini akan tetap bersama meskipun mereka berbeza agama. Selepas bernikah kerjaya akan semakin cemerlang dan harta semakin banyak," jelasnya. Feng shui merupakan satu amalan yang biasa dilakukan oleh kaum Cina untuk meramal nasib baik atau buruk seseorang dan lazimnya ia berdasarkan elemen astrologi. Mahalini mendapat restu kedua ibu bapa untuk memeluk Islam sebelum bernikah. Bagaimanapun umat Islam dilarang mempercayai sebarang ramalan tukang tilik kerana ia bertentangan dengan akidah. Untuk rekod Rizky dan Mahalini sah bergelar suami isteri pada 10 Mei lalu dan majlis pernikahan berlangsung di sebuah hotel di Jakarta. Mahalini yang sebelum ini merupakan penganut agama Hindu disahkan telah memeluk Islam sebelum menjadi isteri Rizky. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!