suria

Dah tinjau lokasi majlis, pernikahan Thariq Halilintar semakin hampir

Thariq dan Aaliyah bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi.

YOUTUBER asal Indonesia Thariq Halilintar dan pasangannya Aaliyah Massaid bakal melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat.

Khabar angin itu bertiup kencang selepas mereka dilaporkan sudah membuat tinjauan lokasi untuk majlis perkahwinan mereka nanti.

Malah, ketika ditemu bual media, Thariq mengakui sudah mula melakukan persediaan itu.

size NP 1 (64)

Thariq tetap akan membawa konsep Indonesia dalam perkahwinannya nanti.

Adik kepada Atta Halilintar ini turut memberitahu sudah membuat tinjauan lokasi untuk majlis perkahwinannya dengan Aaliyah Massaid.

“Tinjauan telah bermula," katanya ringkas.

Bukan sekadar urusan lokasi, malah Thariq dan Aaliyah turut mencari beberapa jenis pakaian tradisional yang bakal digayakan pada hari perkahwinan mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Pasangan Youtuber Thariq Halilintar dan Fuji putus lagi, janji kekal bersahabat baik

ARTIKEL BERKAITAN: Anggap hisap dadah perkara biasa, bekas kekasih Thariq Halilintar ditahan polis

Thariq juga mahu membawa konsep budaya Indonesia.

"Saya telah mencari semuanya. Bangunan, pakaian dan sebagainya.

“Saya mahu siri perkahwinan itu menonjolkan budaya Indonesia kita,” jelasnya.

Sebelum ini, Thariq berkongsi momen di Instagram sudah melamar kekasihnya itu pada 15 Mei lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain