suria

Ditanya gosip sudah berpisah dengan Ben Affleck, reaksi spontan Jennifer Lopez mengejutkan peminat

Jennifer (kanan) tidak mahu bercakap soal rumah tangganya.

PENYANYI dan pelakon Jennifer Lopez enggan mengulas lanjut berkenaan spekulasi rumah tangganya bersama Ben Affleck yang didakwa sudah goyah dan bakal berakhir.

Memetik laporan Mirror, semasa sidang media filem terbaharunya iaitu Atlas, seorang wartawan bertanya kepada aktres berkenaan mengenai khabar angin tersebut, namun pengacara majlis memotong soalan berkenaan.

Jennifer bagaimanapun dilihat tertawa dan memandang tepat ke arah wartawan tersebut sambil berkata 'anda lebih tahu'.

jenn - 1

Hubungan Ben dan Jennifer didakwa sudah mulai goyah.

Video yang dimuat naik di Instagram @elgordoylaflaca itu mendapat lebih daripada sejuta tontonan dan rata-rata netizen melihat perubahan pada wajah Jennifer.

"Dia (Jennifer) kelihatan sangat terluka apabila ditanya soalan itu.

"Daripada ditanya tentang Ben, lebih baik tanya soalan tentang kerjaya dan projek seterusnya," komen netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Jennifer Lopez bakal bercerai lagi, Ben Affleck sudah 'angkat kaki'

ARTIKEL BERKAITAN: Kisah cinta 20 tahun lalu jadi igauan, Jennifer Lopez dan Ben Affleck derita PTSD

Sebelum ini, In Touch melaporkan pasangan selebriti berpengaruh Hollywood itu dilaporkan bakal bercerai dan Ben juga sudah 'angkat kaki' dan keluar dari kediaman mewah mereka.

Jennifer dan Ben juga dikatakan bakal menjual banglo mewah tersebut sebagai salah satu penyelesaian penceraian mereka.

Untuk rekod, Jennifer dan Ben pada awalnya menjalinkan hubungan percintaan pada awal tahun 2000.

Bagaimanapun hubungan tersebut terputus apabila mereka membatalkan perkahwinan pada 2003.

Pada 2021, mereka kembali bercinta dan kemudiannya mendirikan rumah tangga setahun kemudian.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain