suria

Shah Rukh Khan dikejarkan ke hospital, Juhi Chawla kongsi keadaan terkini sahabat baik

Shah Rukh Khan terkena serangan strok haba.

KEADAAN pelakon Shah Rukh Khan dilaporkan semakin baik selepas menerima rawatan di sebuah hospital di Ahmedabad, India akibat serangan strok haba pada Rabu.

Berita baik itu dikongsi oleh rakannya iaitu pelakon Juhi Chawla yang juga berkesempatan melawat Shah Rukh Khan ketika di hospital.

"Dia semakin pulih. Dia akan bersama menyaksikan perlawanan pasukan kami hujung minggu ini," katanya dalam sebuah temu bual.

Shah Rukh Khan ketika menyaksikan perlawanan pasukan KKR.

Shah Rukh Khan ketika menyaksikan perlawanan pasukan KKR.

Pada awal pagi Rabu, pelakon berkenaan terpaksa dikejarkan ke hospital selepas mengadu tidak sihat ketika dia berada di sebuah hotel.

Dia sebelum ini meraikan kejayaan pasukan kriket miliknya Kolkata Knight Riders (KKR) layak ke pusingan akhir Liga Perdana India (IPL) pada malam Selasa lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Deepika Padukone tepis kamera peminat, marah video dirakam

ARTIKEL BERKAITAN: Cantiknya Alia Bhatt di Met Gala 2024, pereka fesyen ambil masa hampir 2000 jam untuk siapkan sari sepanjang 7 meter

Acara berkenaan berlangsung di Stadium Nerendra Modi.

Juhi Chawla yang juga pemilik bersama kelab sukan itu bergegas ke hospital bersama isteri Shah Rukh Khan selepas mendapat perkhabaran tentang pelakon berkenaan.

Terdahulu, video Shah Rukh Khan melayan peminat ketika di stadium menjadi bualan ramai meskipun ketika itu dilaporkan keadaan kesihatannya tidak baik.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain