suria

Dikejar pengutip hutang, Randy Pangalila terpaksa jual rumah

Randy sebak kenang kisah hidupnya yang susah.

NAMA pelakon Randy Pangalila bukan hanya dikenali di negara asalnya iaitu Indonesia malah diminati penonton di Malaysia menerusi beberapa drama lakonannya.

Bagaimanapun siapa sangka di sebalik kejayaan dikecapi, Randy, 34, pernah berdepan fasa hidup sukar sebagai artis.

Randy memberitahu disebabkan tiada tawaran berlakon dia terpaksa menjual rumahnya demi meneruskan kehidupan.

randy 2

Randy pernah hidup terdesak seperti orang biasa.

"Pengutip hutang datang ke rumah saya. Saya jumpa mereka cakap saya tiada duit. Mereka tak percaya.

“Takkan Randy Pangalila tak ada duit? Saya cakap selebriti itu hanya sekadar gelaran.

"Kalau saya tidak ada tawaran saya tak ada duit dan saya ketika itu memang tiada pekerjaan. Rumah saya juga terpaksa dijual," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Sibuk latihan kickboxing, Randy Pangalila jawab dakwaan sudah tinggalkan dunia seni

ARTIKEL BERKAITAN: Cukuplah dua... Doa Randy Pangalila mahu sepasang cahaya mata termakbul, tak fikir nak tambah anak lagi

Randy berkongsi perkara itu semasa menjadi tetamu dalam sebuah program podcast.

Disebabkan perkara itu juga kata Randy, kesihatannya turut terganggu apabila disahkan menghidap gerd akibat tertekan dengan masalah hidup.

Lebih malang, kesihatan isterinya iaitu Chelsey Frank turut terganggu apabila mengalami masalah gangguan kitaran haid sehingga disyaki menghidap kanser.

randy 3

Randy bersama isteri dan dua orang anaknya.

"Ketika itu saya sudah berkahwin, kitaran haid isteri saya jadi tak menentu. Bila lakukan pemeriksaan doktor kata ada benjolan pada sistem peranakan isteri dan mungkin kanser.

"Saya jadi lebih tertekan tapi cuba tersenyum di depan isteri saya," kongsinya.

Dia bagaimanapun bersyukur apabila hidupnya kini bertambah baik namun fasa tersebut masih memberi kesan kepadanya.

"Sekarang semuanya sudah lebih baik tapi bila bercakap mengenai perkara ini saya akan emosi. Saya rasa berat sangat ujian ketika itu," luahnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain