suria

Lebih selesa berkawan dengan lelaki, netizen label Keisya Levronka golongan ‘pick me’

Keisya mengakui lebih suka berkawan dengan lelaki.

PENYANYI Keisya Levronka tidak mempunyai ramai rakan perempuan kerana sukar berinteraksi dengan mereka.

Kata Keisya, 21, dia lebih selesa berkawan dengan lelaki memandangkan sejak kecil dia sudah terbiasa dikelilingi dengan rakan berlainan jantina.

"Saya sebenarnya susah nak berborak dengan perempuan. Kalau kawan-kawan lelaki kenalkan kekasih mereka juga saya jadi janggal.

Copy of Untitled - 2024-05-22T132034.558

Keisya berkongsi perkara itu menerusi podcast.

"Tapi bukan saya tak mahu berkawan cuma, saya tak tahu nak borak apa dengan mereka.

"Mungkin sejak kecil saya selalu bermain dengan budak-budak lelaki sebab ikut abang dan adik bermain dengan rakan-rakan mereka," katanya.

Keisya berkongsi perkara itu menerusi sebuah klip podcast yang dimuat naik di akaun TikTok @Akbarry.

Bagaimanapun, rata-rata netizen di ruangan komen tidak senang dengan perkongsian tersebut, malah ada menggelarnya sebagai gadis 'pick me'.

ARTIKEL BERKAITAN: Insiden terkucil nyanyi ‘live’ pengalaman buruk dalam hidup Keisya Levronka... “Ketika itu saya masih muda”

ARTIKEL BERKAITAN: Keisya Levronka puji vokal Nabila Razali, versi duet ‘Tak Ingin Usai’ hadiah buat peminat

Gelaran 'pick me' diberikan kepada individu yang merasakan diri mereka paling berbeza berbanding orang lain.

"Pick me sangat ya! Padahal berkawan dengan dua-dua jantina lebih seronok sebab dapat lihat dua perspektif.

"Bukan dia kawan baik dengan Mahalini? Betullah perempuan pick me itu tak sedar diri," komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain