NAMA pelakon Teuku Ryan kembali menjadi sorotan peminat apabila momen aktor berkenaan mengelap peluh pada wajahnya membuatkan ramai netizen tidak tentu arah. Ketika Ryan atau Teuku Rushariandi, 30, berada di sebuah acara, tanpa sengaja aksi pelakon tersebut yang sedang mengelap peluh berjaya dirakam lensa. Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di Instagram @lambe_danu, cuaca pada waktu itu dilihat sangat terik dan Ryan yang sedang berkaca mata hitam kelihatan sedang mengesat peluhnya. Ryan menjadi rebutan peminat wanita. Aksi spontan bekas suami pelakon Ria Ricis itu mengundang perhatian dan rata-rata netizen memuji ketampanan dan sikap tenang yang dimilikinya. "Siapa sahaja yang tidak mahu dengan duda sekacak ini. "Sumpah kacak, bapa Moana (anak Ryan) kelihatan sangat cool," kata netizen. ARTIKEL BERKAITAN: Ria Ricis, Teuku Ryan sah cerai talak satu... Mahkamah arah bayar nafkah anak RM2,900 sebulan ARTIKEL BERKAITAN: Tekanan punca Teuku Ryan abai nafkah batin, tak ghairah tengok Ria Ricis sebab fikir masalah Untuk rekod, Ryan mendirikan rumah tangga dengan Ria pada 12 November 2021 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Cut Raifa Aramoana, 2 tahun. Bagaimanapun pasangan itu sah bercerai talak satu pada 3 Mei lalu. Ryan melafazkan talak itu di hadapan hakim Majlis Pengadilan Agama Jakarta Selatan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube TONTON VIDEO PILIHAN!