suria

Murahnya hati Jennie Blackpink, bagi sumbangan RM350,000 untuk pelajar sekolah di Korea

Jennie Blackpink murah hati derma duitnya kepada pelajar.

PRIHATIN dengan nasib remaja di Korea Selatan, penyanyi Jennie Blackpink tampil menghulurkan sumbangan kepada salah satu organisasi kemanusiaan iaitu Habitat For Humanity Korea berjumlah sebanyak RM350,000.

Jennie atau Jennie Kim, 28, berkata sumbangan itu bertujuan untuk membantu organisasi tersebut dalam menguruskan kebajikan tempat tinggal serta pembangunan sekolah bagi pelajar Korea yang memerlukan.

jenniiii

Jennie Blackpink murah hati derma duitnya kepada pelajar Korea Selatan.

Difahamkan, wang tersebut disumbangkan menerusi nama Blink dan bakal digunakan untuk keselesaan pelajar di salah satu sekolah di Anseong, Gyeonggi.

Sementara itu, organisasi berkenaan pula meluahkan rasa syukur atas sumbangan diberikan malah tidak menyangka bahawa penyanyi kesayangan ramai itu sanggup menyumbang dana demi mengembalikan keceriaan kepada pelajar kurang bernasib baik.

ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh geli naik kereta bukan jenama mewah, rupanya Jennie elak bentuk payudara terakam kamera

ARTIKEL BERKAITAN: Jennie Blackpink pilih urus sendiri karier solo, tubuh syarikat Oddatelier

Dengan sumbangan diberikan itu segala kelengkapan dan keperluan bagi pembangunan sekolah juga dapat dilakukan secepat mungkin.

"Kami ingin mengucapkan terima kasih yang tulus kepada Jennie dan Blinks atas kerjasama sumbangan tersebut, kami akan ingat segala kebaikan hati para penaja kami," kata wakil sekolah berkenaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain