KECEKAPAN dan kelincahan Nikita Willy menguruskan anak lelakinya iaitu Issa sering mendapat pujian yang menganggap pelakon itu seorang ibu yang baik. Bagaimanapun siapa sangka di sebalik itu, Nikita sebenarnya tidak pandai melakukan kerja-kerja rumah malah mendedahkan tidak pernah memegang penyapu sejak kecil. Menerusi perkongsian di saluran YouTube, Nikita memberitahu dia menyertai kelas pengurusan rumah tangga bagi memperbaiki kelemahan diri. Nikita terlihat kekok memegang penyapu dan setretika. Di dalam kelas tersebut turut memaparkan Nikita belajar tentang perbezaan jenis penyapu selain menyapu dengan cara yang betul. Dalam video tersebut, Nikita kelihatan agak kaku mengawal penyapu dan penyodok sampah yang menunjukkan dia memang tidak pernah melakukan kerja tersebut. "Tangan kiri pegang penyodok, tangan kanan pegang penyapu? Betul ke caranya? Kenapa sampah tak masuk?," katanya dengan wajah keliru. ARTIKEL BERKAITAN: Melawan hukum orang kaya, telur dadar juadah sahur Nikita Willy ARTIKEL BERKAITAN: Biar anak makan ketika mengantuk, Nikita Willy ada alasan tak bagi anak hisap puting Selain menyapu, nikita juga belajar menggosok pakaian yang dianggap bukan kemahirannya. Untuk rekod, Nikita mendirikan rumah tangga dengan Indra Priawan Djokosoetono pada 16 Oktober 2021. Mereka memiliki seorang cahaya mata lelaki iaitu Issa Xander Djokosoetono yang kini berusia dua tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!