suria

Tuduhan dera anak tak masuk akal, Areum T-ara ada bukti jadi mangsa keganasan suami

Areum mendedahkan dia mempunyai bukti keganasan yang dilakukan suaminya.

KETIKA isu rumah tangganya masih belum selesai, bekas anggota kumpulan T-ara iaitu Lee Areum didakwa mendera anak-anaknya.

Tidak berdiam diri, Areum menyifatkan tuduhan tersebut sebagai fitnah cuba menjatuhkan dia selain tidak pernah menerima sebarang arahan untuk membantu siasatan atas dakwaan tersebut.

Malah kata Areum, dia sedia memberi kerjasama penuh jika dipanggil membantu siasatan pihak polis.

"Ini tuduhan tidak masuk akal! Saya tak pernah terima sebarang laporan atau dipanggil pihak polis untuk membantu siasatan.

Copy of Untitled (52)

Ahreum menghantar semua bukti yang dimiliki kepada polis.

"Jika betul ada laporan polis sudah dibuat terhadap saya, pasti pihak berkuasa akan memanggil saya membantu siasatan.

"Saya sendiri bersedia memberi kerjasama penuh jika diminta memberikan keterangan," katanya.

Tuduhan itu timbul susulan sebelum ini Areum mendakwa dia dan dua orang anak lelakinya sering menjadi mangsa penderaan fizikal suaminya iaitu Kim Young Gul.

Areum nafikan dakwaan dirinya turut terlibat mendera anak-anaknya.

Areum pernah cuba mengambil nyawanya sendiri kerana tidak tahan menjadi mangsa dera suaminya.

Akibat tekanan dan penderaan itu, Areum pernah dikejarkan ke hospital selepas cuba membunuh diri pada 26 Mac lalu namun nyawanya berjaya diselamatkan.

Sementara itu, Areum menegaskan dia tidak pernah menipu apabila mendedahkan dia menjadi mangsa keganasan suami sendiri sehingga lelaki itu tergamak membelasahnya di hadapan anak-anak mereka.

Malah dakwa Areum, dia mempunyai bukti dalam bentuk audio dan visual suaminya melakukan penderaan terhadap dia dan anak-anak mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Lee Areum masuk hospital selepas cuba bunuh diri... Pernah kongsi kisah didera suami

ARTIKEL BERKAITAN: Ludah dan calit najis pada muka anak sendiri, Aerum T-ara dedah perbuatan kejam suami

"Saya bukan mereka-reka cerita untuk memerangkap suami malah saya pernah memaafkan dia kerana percaya rumah tangga kami boleh diperbaiki.

"Bukti dia melakukan penderaan semuanya benar dan saya ada bukti dalam bentuk rakaman.

"Disebabkan anak-anak selalu menjadi mangsa dera suami, jadi saya pasang alat perakam," katanya.

Untuk rekod, Areum dan Young Gul berkahwin pada 2019 dan sedang dalam proses penceraian.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain