suria

Bapa tak daftar nama, impian Prilly Latuconsina tunai haji tak kesampaian

Prilly kecewa tidak dapat mengerjakan haji bersama keluarga.

PELAKON Prilly Latuconsina mendedahkan keinginannya untuk menunaikan ibadah haji bersama keluarga tidak kesampaian.

Kata Prilly, 28, niat itu terbantut kerana bapanya tidak memasukkan namanya dalam senarai ketika membuat pendaftaran lima tahun lalu.

Jelasnya, bapanya iaitu Rizal Latuconsina beranggapan yang pelakon tersebut akan berkahwin dan tidak mendaftarkan namanya.

Copy of Untitled (81)

Prilly menangis kerana terpaksa berpisah dengan ibu bapanya selama sebulan.

"Ibu bapa saya sudah daftar haji sejak lima tahun lalu, ketika itu mereka mahu daftarkan nama saya juga.

"Tapi ayah saya terlalu berfikiran positif sehingga mengandaikan yang saya bakal menikah pada usia 28 dan sebab itu dia tidak daftar nama saya," katanya.

Bagaimanapun, jangkaan bapanya meleset sama sekali apabila Prilly sehingga kini masih membujang.

ARTIKEL BERKAITAN: Masak juadah hari raya guna gas subsidi, Prilly Latuconsina mengaku silap

ARTIKEL BERKAITAN: Pakai gaun pengantin siap berpeluk mesra! Peminat sangka Prilly Latuconsina, Reza Rahadian dah nak kahwin

"Ayah saya berfikir kalau sudah kahwin, saya boleh pergi tunaikan haji dengan suami saya sendiri.

Ternyata ramalan ayah saya salah belaka!" ujarnya.

Sebelum ini, Prilly memaklumkan ibu bapa bakal berangkat ke Tanah Suci Makkah pada 8 Jun lalu menerusi hantaran di Instagram.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain