suria

Bayar RM87,000 atau video tersebar, polis sudah kesan dalang ugut Ria Ricis

Ria diminta untuk memindahkan wang sebanyak 300 juta rupiah (RM87,000) kepada pemeras ugut.

PELAKON Ria Ricis membuat laporan polis selepas menjadi mangsa peras ugut daripada individu tidak dikenali yang mahu menyebarkan foto dan video peribadinya.

Ria berkata, individu tersebut turut meminta aktres tersebut memindahkan wang sebanyak 300 juta Rupiah atau RM87,000 jika tidak mahu foto dan videonya tersebar.

"Saya membuat laporan polis berhubung ugutan menggunakan data peribadi saya.

size NP 1 - 2024-06-11T103756.797

Ria buat laporan polis selepas diugut individu misteri mahu sebarkan foto dan video peribadi.

"Ancaman itu bukan sahaja kepada saya tetapi beberapa pihak lain seperti keluarga dan orang yang dekat dengan saya.

"Sudah tentu saya rasa terancam. Mohon doa orang ramai supaya suspek cepat diberkas," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ria Ricis dedah anak alami masalah speech delay, sedih dibanding-bandingkan di sekolah

ARTIKEL BERKAITAN: Ria Ricis mahu jalani pembedahan plastik, Oki Setiana Dewi diminta nasihat adik

Perkara itu turut disahkan oleh Ketua Perhubungan Awam Polda Metro Jaya iaitu Kombes Ade Ary Syam Indradi yang menerima laporan daripada Ria.

“Dia (Ria) membuat laporan pada 7 Jun lalu kerana menerima ugutan melalui media elektronik di mana ada individu mahu sebar gambar atau video peribadi mangsa di media sosial,” katanya.

Polis juga sudah pun mengesan pemilik nombor akaun tersebut yang dikenali sebagai Jacky dan siasatan selanjutnya masih diteruskan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain