suria

Disangka pakai filter, peminat terkejut tengok wajah Chen EXO sudah berkedut

Chen dikatakan tiada masa untuk menjaga penampilan selepas bergelar bapa.

PENAMPILAN terbaharu anggota kumpulan Exo iaitu Chen ketika melakukan video siaran langsung bersama peminat mengundang kecaman ramai.

Chen atau Kim Jong-dae menjadi topik hangat di media sosial apabila wajahnya didakwa kelihatan lebih tua berbanding usia sebenarnya iaitu 32 tahun.

Malah, penyanyi itu turut dituduh tidak menjaga penampilan kerana tiada masa selepas bergelar seorang bapa.

Copy of Untitled - 2024-07-07T142904.068

Wajah Chen dikatakan lebih tua dari usia sebenar.

"Dia pakai filter wajah orang tua ke?

"Sejak jadi ayah ini, dia makin kurus dan muka berkedut. Mungkin penat jaga anak," komen netizen.

Bagaimanapun, ada netizen mempertahankan Chen dan menganggap isu diperdebatkan adalah perkara biasa memandangkan penyanyi itu sudah pun menginjak usia 30-an.

ARTIKEL BERKAITAN: Chen (EXO) buat surat umum bakal berkahwin, khabar angin kekasih kini hamil

ARTIKEL BERKAITAN: Chen (EXO) timang anak perempuan, agensi sahkan berita kelahiran!

"Dia cuma kurus sahaja dan normal sebenarnya untuk umur dia kalau ada kedutan pada wajah.

"Yang penting suara dia tetap sedap!" komen netizen.

Untuk rekod, Chen mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita bukan selebriti pada 14 Januari 2020.

Pasangan dikurniakan cahaya mata sulung pada April 2020.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain