suria

Berebut anak punya fasal, Bhad Bhabie dibelasah teman lelaki

Bhad memuat naik gambar matanya lebam dipercayai ditumbuk kekasihnya.

PENYANYI rap Bhad Bhabie mengejutkan peminat apabila berkongsi foto matanya dalam keadaan lebam dipercayai dipukul teman lelakinya.

Tidak hanya itu, Bhad turut memuat naik video berdurasi 20 saat memperlihatkan kekasihnya iaitu Le Vaughn atau LV menolak dan memukulnya di perkarangan rumah mereka.

Bhad atau Danielle Marie Bregoli, 21, mendakwa kejadian sekitar pukul 4 pagi pada 30 Jun lalu itu tercetus apabila LV mahu mengambil bayi perempuan mereka daripadanya.

Bhad berkongsi video dia dipukul teman lelaki.

Bhad turut memuat naik video memperlihatkan dia dipukul LV di perkarangan rumah mereka.

Ini kerana kata Bhad, LV mahu menuntut hak penjagaan terhadap anak mereka iaitu Kali Love yang baru berusia empat bulan.

"Dia mahu mengambil anak perempuan kami daripada saya! Buatlah apa yang awak mahu, cubalah ambil anak saya kalau berani," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Video P. Diddy bertuala 'kerjakan' kekasih di hotel tersebar, bukti pernah lakukan keganasan

ARTIKEL BERKAITAN: Kes pukul bekas kekasih, peguam Cassie anggap permohonan maaf P. Diddy terdesak dan tidak ikhlas

Bagaimanapun, tidak lama selepas membuat pendedahan itu, Bhad bertindak memadam kesemua hantaran termasuk foto dan video dia dikasari LV.

Untuk rekod, Bhad dan LV mula menjalinkan hubungan cinta sejak Julai 2020 namun mereka didakwa sudah berpisah pada Mei lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain