suria

Selepas enam bulan bercinta, Hyuna dan Yong Jun Hyun kahwin Oktober depan

Hyuna dan Yong Junhyun akhirnya umum bakal kahwin.

SELEPAS enam bulan bercinta, pasangan penyanyi Hyuna dan Yong Jun Hyun mengumumkan bakal mendirikan rumah tangga.

Pasangan tersebut menerusi syarikat pengurusan mereka memaklumkan bakal disatukan sebagai suami isteri pada 11 Oktober depan.

"Hyuna dan Yong Jun Hyun saling melengkapi ketika sama-sama melalui waktu sukar dan perkara itu membuatkan mereka pasangan serasi.

hyuna 2

Sebelum bercinta, Hyuna dan Jun Hyun memang berkawan baik.

"Mereka akan mengadakan majlis secara tertutup yang hanya akan dihadiri oleh kaum keluarga dan teman terdekat," kata kenyataan yang dikeluarkan.

Sementara itu, seorang teman rapat pasangan berkenaan memberitahu mereka yakin dengan keputusan untuk berkahwin walaupun baru sahaja menjalinkan hubungan cinta.

ARTIKEL BERKAITAN: Hyuna dan Yong Junhyun kongsi gambar romantis, tapi peminat pula tak setuju mereka bercinta

ARTIKEL BERKAITAN: Makan sebiji kimbab setiap hari, Hyuna menyesal diet keterlaluan sehingga hilang berat 40Kg

"Mereka sudah lama berkawan baik dan faham akan kepayahan dilalui dalam dunia hiburan.

"Mereka baru sahaja menjalinkan hubungan cinta tetapi yakin dengan keputusan untuk berkahwin," katanya.

Januari lalu, Hyuna yang juga merupakan bekas anggota kumpulan 4minute berkongsi foto sedang berpegangan tangan dengan Jun Hyun sekali gus mengesahkan gosip mereka sedang bercinta.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain