suria

Rizky Febian jalani pembedahan sinus, peminat persoal hidung tiba-tiba jadi mancung

Netizen perasan prubahan pada wajah Rizky

BELUM reda mengenai perubahan wajah penyanyi Mahalini, netizen beralih pula kepada suaminya iaitu Rizky Febian.

Netizen mendakwa Rizky juga melakukan pembedahan plastik susulan bentuk hidungnya lebih mancung menerusi foto terbaharu penyanyi itu yang tular di TikTok.

Sama seperti isterinya, Rizky dilaporkan melakukan pembedahan di bahagian hidung kerana menderita masalah sinus sejak kecil.

Copy of Untitled - 2024-07-08T144106.925

Sule mendedahkan perkara itu menerusi video yang tular di aplikasi TikTok.

Malah bapa Rizky iaitu pelawak Sule turut mengesahkan perkara tersebut susulan kelibat pasangan berkenaan tiada ketika sambutan Hari Raya Aidiladha pada 17 Jun lalu.

"Rizky tak dapat sambut raya sebab dia dan isteri ke Korea Selatan untuk menjalani pembedahan.

"Sejak kecil dia memang mengalami masalah sinus yang teruk dan disebabkan itu cecair pada bahagian hidungnya perlu dikeluarkan," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Muncul buat pertama kali selepas pembedahan hidung, peminat hampir tak kenal Mahalini

ARTIKEL BERKAITAN: Rumah tangga bakal berdepan masalah, bapa Rizky Febian bidas ramalan tukang tilik

Sule menjelaskan alasan anaknya membuat pembedahan tersebut bagi memastikan kualiti suaranya pada tahap yang baik.

Bagaimanapun peminat meluahkan rasa pelik apabila bentuk hidung pasangan suami isteri itu berubah sedangkan pembedahan sinus tidak membabitkan proses mengubah bentuk hidung.

"Setahu saya pembedahan sinus tidaklah sampai mengubah bentuk hidung pesakit tapi kena hidung mereka berubah bentuk?

"Orang lain pun ada juga buat pembedahan sinus tapi tidak pula hidung berubah sekalim," komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain