suria

Song Joong Ki dan isteri hitung hari timang anak kedua

Joong Ki dan isteri tidak sabar menantikan kelahiran bayi kedua mereka.

SETAHUN selepas menimang cahaya mata pertama, pelakon Song Joong Ki dan isteri sedang menghitung hari menantikan kelahiran bayi kedua mereka dalam masa terdekat.

Joong Ki dan isterinya iaitu Katy Loise Saunders kini sedang sibuk membuat persiapan kelahiran anak kedua mereka.

Syarikat pengurusan Joong Ki iaitu HighZium Studios turut mengesahkan berita tersebut namun tidak menyatakan tarikh sebenar Katy akan bersalin.

Copy of Untitled - 2024-07-09T130459.688

Pasangan ini baru sahaja menimang anak sulung pada tahun lalu.

"Song Joong Ki mengesahkan isterinya sedang hamil anak kedua mereka.

"Tetapi tarikh bersalin dan jantina bayi tersebut tidak dinyatakan bagi menjaga privasi mereka ketika ini," kata wakil syarikat tersebut.

Pada 14 Jun tahun lalu, bintang drama Descendants of the Sun itu menimang cahaya mata lelaki yang dilahirkan di Itali.

ARTIKEL BERKAITAN: Didakwa sudah ada anak... netizen tak henti ‘korek’ cerita kekasih Song Joong Ki

ARTIKEL BERKAITAN: Hati Song Joong Ki terluka, isteri jadi bahan gosip sampai ke Eropah

Untuk rekod, Joong Ki dan Katy mendirikan rumah tangga pada Januari 2023.

Aktor itu pernah berkahwin dengan aktres Song Hye Kyo yang juga pelakon gandingannya dalam Descendent of the Sun pada 2017 namun rumah tangga mereka tidak kekal lama.

Pasangan itu mengumumkan penceraian mereka pada Julai 2019.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain