suria

Atta Halilintar kecil hati dengan keluarga, perkahwinan tak dapat restu ibu bapa

Atta luah rasa sedih apabila ibu bapa tidak hadir ke majlis pernikahannya.

BENARLAH kebahagiaan yang dipaparkan di media sosial tidak semuanya benar tetapi cara menutup kesengsaraan daripada dihidu orang lain.

Itu juga yang dapat digambarkan tentang personaliti media sosial terkenal Indonesia iaitu Atta Halilintar yang mendedahkan perkahwinannya dengan Aurel Hermansyah tidak mendapat restu keluarga.

Menurut laporan IntipSeleb, bukan sahaja tidak mendapat restu tetapi Atta menyimpan perasaan kecil hati dan sedih apabila keluarga termasuk ibu bapanya tidak hadir ke majlis perkahwinannya yang berlangsung meriah di Jakarta, Indonesia pada 3 April 2021.

Sebaliknya hari bahagia dia dan Aurel hanya dihadiri keluarga sebelah isteri dan orang terdekat menambah derita di hatinya.

Atta 1

Atta dan Aurel kini mempunyai dua cahaya mata.

"Orang tua saya tidak hadir ke majlis pernikahan kami sebaliknya yang memeriahkan acara adalah orang terdekat sahaja.

"Semasa kaki saya melangkah masuk ke dalam dewan, saya berasa sedih dan terasa hati apabila ibu bapa dan kesemua adik-beradik saya tiada di sisi," katanya.

Selain orang terdekat, majlis yang berlangsung di Hotel Raffles, Jakarta itu turut dihadiri orang ternama seperti Presiden Indonesia iaitu Joko Widodo dan Menteri Pertahanan, Prabowo Subianto.

Dalam masa sama, Atta memaklumkan kedua ibu bapanya yang ketika itu berada di Malaysia tidak dapat hadir ke majlis pernikahannya disebabkan peraturan ketat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid-19.

ARTIKEL BERKAITAN: Atta Halilintar tamat pengajian sekolah menengah pada usia 30 tahun, luah hasrat sambung belajar dalam bidang undang-undang

ARTIKEL BERKAITAN: Marah pengacara tak sebut gelaran haji anak, sikap angkuh ibu bapa Atta Halilintar buat netizen benci

Sejak kebelakangan ini, ramai cuba membandingkan layanan ibu bapa Atta iaitu Lenggogeni Faruk dan Anofial Asmid terhadap Atta dan ahli keluarganya yang lain.

Ibu bapa, Lenggogeni Faruk (ibu) Halilintar Anofial Asmid (bapa) sanggup terbang ke Jakarta bagi sama-sama memeriahkan majlis pertunangan adiknya iaitu Thariq Halilintar.

Netizen mula mempertikaikan mereka tidak pernah menghadiri sebarang acara dilakukan Atta sebelum ini sehingga ada membuat pelbagai spekulasi mengenai hubungan mereka sekeluarga.

Untuk rekod, Atta dan Aurel kini bahagia dengan kehadiran dua orang cahaya mata perempuan iaitu Ameena, 2 dan Azura yang baru berusia enam bulan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain