suria

Suami sendiri panggil Siti Badariah hodoh dan orang kampung, sedar diri hanya pilihan kedua

Sibad tiada masalah dengan gurauan kasar suami terhadap dirinya.

PENYANYI dangdut Siti Badriah mendedahkan dia bukan pilihan utama suaminya iaitu Krisjiana Baharudin sebagai calon isteri.

Sebaliknya dedah Siti atau mesra disapa Sibad, 33, Krisjiana hanya menganggap dia sebagai pengganti malah tidak pernah menyukainya.

Malah Sibad mendakwa Krisjiana juga selalu menghina penampilannya dan membanding-bandingkan dia dengan seorang model selepas mereka berkahwin.

"Dulu Krisjiana tak suka saya... Sebelum kami rapat, dia mesra dengan seorang lagi wanita yang juga model.

size NP 1 - 2024-07-09T160605.297

Sibad dan suami hidup bahagia dengan kehadiran seorang cahaya mata perempuan.

"Selepas kami berkahwin, dia selalu mengeluh malah pernah kata saya hodoh dan orang kampung," katanya.

Perkara itu dikongsi Sibad sewaktu mereka muncul dalam program Pagi Pagi Ambyar pada Isnin.

Penyanyi lagu Lagi Syantik ini juga sedar sejak awal dia hanya sekadar pilihan kedua malah mendengar sendiri pengakuan Krisjiana sebelum mereka mendirikan rumah tangga.

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas kekasih Siti Badriah rupanya gay, suami tak cemburu mereka berkawan rapat

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen tegur wajah nampak berbeza... Siti Badriah mengaku buat suntikan tanpa pembedahan

Bagaimanapun kata Sibad, dia hanya menelan perkara itu kerana tidak mahu ia memberi kesan kepadanya.

"Dia dan model berkenaan memang cukup rapat sebelum dia tiba-tiba menjauhkan diri daripada Krisjiana.

"Sebab itu dia pilih saya walaupun Krisjiana cakap saya orang kampung, hodoh," katanya.

Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 2019 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Xarena Zenata Denallie yang kini berusia dua tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain