TINDAKAN isteri Aurel Hermansyah tidak memuat naik sebarang foto bersama keluarga suaminya iaitu Atta Halilintar ketika majlis turun tanah anak kedua seolah-olah memberi gambaran tentang perasaannya terhadap mereka. Apatah lagi, Aurel atau Titania Aurelie Nurhermansyah, 26, memberitahu dia berhak untuk memilih kebahagiaan dalam hidup menerusi kapsyen foto berkenaan di Instagram. "Aku berhak bahagia," tulisnya ringkas. Menerusi hantaran tersebut, Aural turut berkongsi beberapa foto bersama keluarganya termasuk Anang Hermansyah, Ashanty, Krisdayanti dan Raul Lemos. Aurel bahagia bersama keluarga kecilnya. Atta turut meninggalkan komen pada hantaran tersebut yang menyifatkan isterinya sebagai seorang wanita kuat. "My strong wife (isteri saya yang kuat)," katanya. Dalam pada itu, netizen membuat kesimpulan kapsyen yang dimuat naik ada kaitan dengan keluarga Atta atau Gen Halilintar susulan Aurel tidak memuat naik foto mereka. Malah Gen Halilintar didakwa datang lambat ke acara tersebut sehingga Aurel terpaksa memulakan majlis tanpa menunggu kehadiran ibu dan bapa mentuanya iaitu Geni Faruk dan Halilintar Anofial Asmid. ARTIKEL BERKAITAN: Atta Halilintar kecil hati dengan keluarga, perkahwinan tak dapat restu ibu bapa ARTIKEL BERKAITAN: Marah pengacara tak sebut gelaran haji anak, sikap angkuh ibu bapa Atta Halilintar buat netizen benci Netizen meluahkan rasa simpati kerana menganggap kedua ibu bapa Atta seorang yang pilih kasih. "Kasihan Atta ya, ibu bapanya pilih kasih. Tak boleh bayangkan kalau ibu Aurel orang biasa, anak diva terkenal seperti ini pun dilayan buruk," tulis netizen. Sebelum ini, Atta mendedahkan perkahwinannya dengan Aurel tidak mendapat restu keluarga. Menurut laporan media, bukan sahaja tidak mendapat restu tetapi Atta menyimpan perasaan kecil dan sedih apabila keluarga termasuk ibu bapanya tidak hadir ke majlis perkahwinannya yang berlangsung meriah di Jakarta, Indonesia pada 3 April 2021. Perkahwinan Aurel didakwa tidak mendapat restu keluarga Atta. Sejak kebelakangan ini, ramai cuba membandingkan layanan ibu bapa Atta terhadapnya dan ahli keluarga yang lain. Ibu dan bapa Atta sanggup terbang ke Jakarta bagi sama-sama memeriahkan majlis pertunangan adiknya iaitu Thariq Halilintar. Netizen mula mempertikaikan mereka tidak pernah menghadiri sebarang acara dilakukan Atta sebelum ini sehingga ada membuat pelbagai spekulasi mengenai hubungan mereka sekeluarga. Untuk rekod, Atta dan Aurel kini bahagia dengan kehadiran dua orang cahaya mata perempuan iaitu Ameena, 2 dan Azura yang baru berusia enam bulan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!