suria

Tak serik skandal Burning Sun, Jung Joon Young goda wanita dalam kelab malam di Paris

Baru sahaja bebas dari penjara, Joon Young kantoi masuk kelab malam.

TULAR sebuah video di media sosial seorang lelaki mirip penyanyi Jung Joon Young didakwa mencium beberapa wanita di sebuah kelab malam di Paris pada 8 Julai lalu.

Menerusi video yang tersebar, lelaki berkenaan dilihat sedang asyik berbual dengan beberapa orang wanita di bahagian bar kelab tersebut sebelum bertindak mencium mereka.

Menurut saksi, lelaki mirip Joon Young itu turut meminta akaun Instagram mereka dengan alasan mahu menjemput mereka ke acara pembukaan restorannya di Lyon, Perancis.

Copy of Untitled - 2024-07-10T115842.905

Lelaki mirip Joon Young didakwa mencium beberapa wanita ketika di kelab malam tersebut.

Malah dia dengan bangga memberitahu identitinya sebagai seorang penyanyi terkenal di Korea Selatan.

"Dia berada di bar mengurat beberapa wanita, siap minta akaun Instagram dengan alasa mahu mengajak mereka ke pembukaan restoran miliknya.

"Dia perkenalkan dirinya sebagai Jun selain mengaku seorang penyanyi terkenal dari Korea Selatan," kata saksi berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Takut persepsi buruk selepas keluar penjara... Jung Joon Young sedia tinggalkan karier nyanyian, kerja belakang tabir

ARTIKEL BERKAITAN: 5 tahun meringkuk dalam penjara, Jung Joon Young akhirnya bebas

Sebelum ini, Joon Young pernah merancang membuka sebuah restoran makanan Korea di Paris pada 2018 namun rancangan itu musnah apabila dia terlibat dalam skandal Burning Sun.

Skandal tersebut yang turut membabitkan penyanyi Seungri dan Choi Jong Hoon dari FT Island menjadi kecoh apabila terbongkar pelbagai salah laku membabitkan jenayah seksual membabitkan mereka.

Pada 2020, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara lima tahun atas kesalahan melakukan jenayah rogol selain merakam dan menyebarkan video aksi seks tanpa kebenaran.

2709621

Joon Young bebas selepas menjalani hukuman penjara lima tahun.

Selain merakamkan aksi hubungan seks dan menyebarkannya, penyanyi berkenaan turut didakwa merogol seorang wanita di Daegu pada 2016.

Joon Young sudah dibebaskan sejak Mac lalu dan perlu menjalani program pendidikan mengenai jenayah seksual.

Penyanyi itu mula dikenali menerusi program uji bakat Superstar K4 pada 2012 dan rancangan realiti 2 Days & 1 Night.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain