SELEPAS lama mengunci mulut mengenai penceraiannya dengan Ben Affleck, penyanyi Jennifer Lopez akhirnya tampil bersuara mengenai perkara tersebut. Tidak menyebut nama Ben secara terang-terangan, Jennifer, 55, memberitahu kegagalan mempertahankan rumah tangga membuatkan dia sedar tentang erti sebenar kebahagiaan. Jelas Jennifer atau mesra disapa JLo, dia mula sedar kebahagiaan bukannya dicari daripada orang lain sebaliknya diri sendiri. "Mempunyai teman hidup tidak mendefinasikan siapa diri saya yang sebenar. Jennifer tidak pernah menyesal bekahwin dengan Ben. "Saya tak boleh mencari kebahagiaan daripada orang lain sebaliknya perlu mencarinya dalam diri sendiri," katanya. Dalam pada itu, Jennifer memberitahu dia juga tidak berminat menjalinkan hubungan cinta sekiranya ada lelaki ingin mendekatinya. Sebaliknya dia mahu memberi fokus kepada kehidupan solo dan meluangkan masa bersama keluarga dan diri sendiri. Bagaimanapun Jennifer memberitahu meskipun sering gagal dalam perkahwinan namun dia tidak pernah menyesal dengan semua keputusan dibuat. ARTIKEL BERKAITAN : Bukan lagi khabar angin, Jennifer Lopez fail cerai selepas 2 tahun kahwin Ben Affleck ARTIKEL BERKAITAN : Pengsan di set penggambaran Panda Plan, Jackie Chan berkeras buat aksi lagak ngeri sendiri Katanya, semua hubungan dilalui sebelum ini banyak mengajar dirinya menjadi lebih matang berbanding sebelumnya. "Ia mungkin menghancurkan saya tapi ia juga banyak mengajar mematangkan diri saya sebagai seorang wanita,' katanya. Untuk rekod, Jennifer dan Ben mendirikan rumah tangga pada tahun 2022 selepas setahun kembali bercinta. Pasangan ini juga pernah menjalinkan hubungan cinta pada awal tahun 2000 sebelum membatalkan perkahwinan pada tahun 2003. Ia perkahwinan keempat untuk Jennifer dan yang kedua Ben. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!