suria

Dimas Seto bukan rakan baik curang dengan isteri, Baim Wong tuntut hak penjagaan anak

Baim mengesahkan Dimas bukan individu menganggu rumah tangganya.

NAMA pelakon Dimas Seto menjadi sebutan ramai selepas Baim Wong mendedahkan isterinya curang dengan rakan baiknya sendiri.

Menafikan hal tersebut, Baim sebaliknya menyifatkan Dimas sebagai seorang lelaki dengan perwatakan budiman.

"Dia orang yang baik. Bukan dia (curang dengan isteri)," katanya ringkas seperti dilaporkan Liputan6.

Baim sebelum ini mendedahkan sudah lebih setahun dia bersabar dan cuba mempertahankan rumah tangganya dengan Paula Verhoeven yang berlaku curang dengan rakan baiknya sendiri.

baim 4

Baim bersama peguamnya, Fahmi (kiri).

Susulan itu, Baim bertindak memfailkan cerai terhadap Paula di Mahkamah Agama Jakarta Selatan pada 8 Oktober lalu.

Dalam pada itu, peguam Baim iaitu Fahmi Bachmid memberitahu anak guamnya itu hanya mahu bercerai secara baik dengan Paula.

Baim juga tidak akan membuat sebarang tuntutan harta sepanjang perkahwinan mereka dan hanya mahukan hak penjagaan dua anak mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Setahun cuba pertahan rumah tangga, Baim Wong dedah isteri curang dengan rakan baik

ARTIKEL BERKAITAN: Baim Wong fail cerai terhadap isteri, terjawab khabar angin keretakan rumah tangga

"Daripada semua dokumen dan maklumat yang ada, saya bertanya apa dia mahukan. Baim hanya mahu bercerai secara baik dan hak penjagaan dua anak mereka. Itu sahaja.

"Siapa lelaki yang dikaitkan itu, sila rujuk mahkamah. Baim juga akan menyebut apa dia lalui ketika proses perbicaraan nanti," katanya.

Untuk rekod, Baim dan Paula mendirikan rumah tangga pada November 2018.

Mereka memiliki dua orang cahaya mata iaitu Kiano Tiger Wong, 3, dan Kenzo Eldrago Wong, 2 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain