suria

Hampir setahun berehat gara-gara kontroversi cium wanita, Seunghan akhirnya kembali kepada Riize

Seunghan berehat hampir setahun sebelum kembali bersama Riize.

HAMPIR setahun berehat kerana terpalit kontroversi liar, akhirnya penyanyi Seunghan mengumumkan dia akan kembali menjadi sebahagian daripada anggota kumpulan Riize.

Perkara itu juga disahkan agensi Seunghan, 21, iaitu SM Entertainment menerusi kenyataan media yang dibuat pada Jumaat.

Malah peminat juga terkejut dengan berita tersebut dan meluahkan rasa gembira bakal melihat idola mereka kembali beraksi bersama Riize tidak lama lagi.

size NP 1 - 2024-10-11T154532.014

Riize mempunyai tujuh ahli kesemuanya termasuk Seunghan.

"Kontroversi lalu sangat bodoh, saya sangat gembira dia dapat kembali.

"Saya sangat marah kenapa dia terpaksa meminta maaf kerana ada hidup sendiri? kadang-kadang mereka menjalani kehidupan di luar pekerjaan mereka.

"Tidak pernah terfikir dia akan kembali, langkah yang mengejutkan dari SM, saya sangat gembira untuknya dan berharap dia akan bersinar terang dengan Riize," tulis netizen.

Pada November tahun lalu, Seunghan tular di media sosial gara-gara fotonya sedang menghisap rokok di tempat awam ketika berada di Jepun.

ARTIKEL BERKAITAN: Seunghan tertekan selepas gambar cium, hisap rokok tersebar... Umum rehat daripada kumpulan Riize

ARTIKEL BERKAITAN: Dihukum penjara kerana terlibat dadah... Yoo Ah In menyesal, berjanji jadi manusia berguna

Bukan itu sahaja, gambar Seunghan bercium dengan seorang wanita juga menjadi bualan hangat sehingga ia menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan peminat.

Menjelaskan hal tersebut pihak pengurusan memaklumkan gambar itu dirakam sebelum nama Riize diumumkan sebagai sebuah kumpulan baharu.

Justeru itu, Seunghan mengambil keputusan untuk berehat daripada kumpulan Riize susulan kontroversi berkenaan.

Selain Seunghan, Riize dianggotai enam ahli lain iaitu Shotaro, Eunseok, Sungchan, Wonbin, Sohee dan Anton.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain