suria

Dah 15 tahun cerai, Yoyo tak malu mengaku masih sayang Rossa

Yoyo (kiri) masih sayangkan Rossa.

PEMAIN dram kumpulan Padi iaitu Yoyo mengakui masih menyayangi bekas isterinya iaitu penyanyi Rossa meskipun sudah bercerai kira-kira 15 tahun lalu.

Yoyo atau nama sebenarnya Surendro Prasetyo, 49, terbuka meluahkan perasaannya itu di hadapan Rossa apabila ditanya soalan berkenaan perkara yang selama ini dia sembunyikan.

"Kenyataan yang selama ini saya sembunyikan mungkin rasa sayang saya kepada awak," jawabnya ringkas.

rossa1 - 1

Rossa dan Yoyo sudah berpisah selama 15 tahun.

Yoyo berkongsi perkara itu menerusi sesi temu bual program 'Social Experiment Bolehkan Sekali Saja Kumenangis' yang dimuat naik di saluran YouTube.

Menerusi program berkenaan, Yoyo duduk di hadapan Rossa dan mereka diberikan beberapa soalan untuk dijawab dengan jujur.

Dalam pada itu, Yoyo memberitahu jika dia boleh melihat dirinya pada 10 tahun lalu, pemain dram itu pasti akan mahu mengubah segalah kesalahan yang dilakukan.

ARTIKEL BERKAITAN: 15 tahun menjanda, Rossa belum jumpa lelaki sesuai jadi suami... Pernah terfikir kahwin dengan Afgan

ARTIKEL BERKAITAN: Influencer Indonesia buat content burukkan Malaysia... Rossa minta ‘report’, jangan sampai rosakkan persahabatan 2 negara

Meskipun sudah terlambat untuk memperbaiki kesilapannya, Yoyo mengakui dia menerima segala takdir yang ditentukan dan berhadap dalam meneruskan kehidupan lebih baik.

"Saya akan tertanya-tanya kenapa tidak dari dulu saya memperbaiki diri dan kesalahan saya.

"Alhamdulillah, saya sudah boleh berdamai dengan ketentuan masa lalu dan berharap dapat menjadi individu lebih baik," ujarnya.

Untuk rekod, Rossa mendirikan rumah tangga dengan Yoyo pada 18 Mac 2004 dan bercerai pada 14 Julai 2009.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Rizky Langit Ramadhan yang kini berusia 18 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain