suria

Enggan kecewakan peminat, Ikang Fawzi kembali menyanyi selepas seminggu isteri meninggal dunia

Ikang komited menghiburkan peminat walau masih bersedih.

KEMUNCULAN penyanyi Ikang Fawzi membuat persembahan dalam sebuah acara di Jakarta Selatan pada Jumaat mencuri tumpuan ramai peminat.

Meskipun baru sahaja kehilangan isteri tercinta iaitu pelakon Marissa Haque, penyanyi usia 64 tahun ini dilihat cukup bersemangat menghiburkan orang ramai.

Bagi Ikang biarpun masih dalam tempoh bersedih namun ini juga merupakan satu tanggungjawab sebagai anak seni.

ikang fawzi 2

Kehilangan isteri memberi kesan besar buat Ikang.

"Jika Allah mengkehendaki, itu jadi ibadah buat saya. Marissa pasti akan suka. Semoga semangat semuanya. Kita doa bersama," katanya.

Malah Ikang juga sempat membacakan surah al-Fatihah di atas pentas sebelum memulakan persembahan untuk Allahyarham isterinya.

Saat kematian Marissa yang meninggal dunia secara mengejut pada 2 Oktober lalu, Ikang bagaikan patah semangat sehingga dia dikatakan empat kali pengsan kerana terlalu sedih.

ARTIKEL BERKAITAN: Sukar terima kenyataan Marissa Haque sudah tiada, Ikang Fawzi pengsan 4 kali

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon Marissa meninggal dunia secara mengejut, sempat minta lokasi tanah kubur untuk kebumi

Namun sebagai penyanyi profesional, Ikang kembali bangkit dan yakin apa yang dilakukan ini dapat memberi makna buat peminat.

"Saya tidak mahu kecewakan peminat.

"Selagi Allah beri nyawa untuk memberi maanfaat saya akan buat kerana menyanyi itu bermanfaat. Allah masih beri kesempatan untuk menyanyi," luahnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain