KEMUNCULAN semula penyanyi Seunghan menyertai kumpulan Riize menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan peminat. Meskipun ramai teruja namun tidak kurang juga ada mengecam tindakan SM Entertainment memasukkan kembali Seunghan dalam kumpulan tersebut selepas terpalit kontroversi sebelum ini. Sebagai tanda protes peminat Riize bertindak meletakkan jambangan bunga ucapan kematian untuk Seunghan di hadapan bangunan syarikat tersebut. Kemunculan semula Seunghan menimbulkan rasa kurang senang peminat Riize. Mesej pada bunga tersebut menuntut supaya Seunghan dikeluarkan terus daripada menyertai Riize. Lebih hangat lagi seorang kakitangan SM Entertainment juga berkongsi pendapat tidak bersetuju dengan keputusan dibuat pihak atasan. "Mereka meletakkan sasaran kepada peminat antarabangsa yang tidak pernah keluar duit untuk menyokong. ARTIKEL BERKAITAN: Hampir setahun berehat gara-gara kontroversi cium wanita, Seunghan akhirnya kembali kepada Riize ARTIKEL BERKAITAN: Seunghan tertekan selepas gambar cium, hisap rokok tersebar... Umum rehat daripada kumpulan Riize "Ramai staf SM Entertainment menentang malah sudah banyak beritahu peminat tempatan menyokong enam anggota ini, namun mereka tidak faham. "Mereka seperti menyuruh peminat tinggalkan kelab peminat," ujar seorang individu. Enam anggota Riize tanpa Seunghan. SM Entertainment sebelum ini mengumumkan Seunghan bakal kembali bersama Riize selepas hampir setahun direhatkan. Nama Seunghan sebelum ini menjadi bualan ramai selepas tersebar foto dia menghisap rokok di tempat awam ketika berada di Jepun. Tidak hanya itu, Seunghan juga terpalit kontroversi susulan gambar dia bercium dengan seorang wanita tular sehingga menimbulkan rasa kurang senang peminat. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!