suria

Pamer aksi mesra di kelab malam, Rowoon didakwa ada hubungan dengan aktres Sepanyol berusia 52 tahun 

Rowoon didakwa menujukkan aksi mesra bersama Sonia.

PELAKON dan penyanyi Rowoon didakwa bercium dengan aktres asal Sepanyol iaitu Sonia Monroy di sebuah kelab malam di Milan, Itali.

Media Sepanyol melaporkan pasangan itu dilihat bersama ketika menghadiri 'after-party' Minggu Fesyen Milan pada September lalu.

Menerusi video yang tular, Rowoon, 28, dilihat seronok menari bersama aktres berusia 52 tahun itu.

Copy of Untitled - 2024-10-13T133855.290

Video Rowoon sedang menari sebab Sonia tular di media sosial.

Malah, mereka dikatakan secara terbuka mempamerkan aksi 'terelebih' mesra di hadapan orang ramai.

Bagaimanapun, tiada imej mahupun video rakaman yang membuktikan pasangan itu bercium seperti yang heboh diperkatakan.

Sementara itu, rata-rata peminat meluahkan rasa kurang senang dengan gosip yang disebarkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Roowon obses dengan seluar dalam, tapi ada sebab hanya pakai warna hitam

ARTIKEL BERKAITAN: Terlalu tinggi, Rowoon SF9 sukar naik kemudahan awam

Ada yang menyifatkan dakwaan itu sebagai tidak berasas memandangkan kedua-dua selebriti tersebut tidak saling mengenali sebelum ini.

"Berhenti sebarkan berita palsu, Rowoon hanya menari saja dengan wanita itu sambil ditemani staf lain.

"Sonia terlalu tua untuk Rowoon, mustahil mereka bercinta!," komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain