suria

Anggota Riize terbuka hati terima kembali Seughan, lalui perbincangan panjang sebelum buat keputusan

Wonbin memberitahu keputusan tersebut dibuat selepas mengambil kira pelbagai faktor.

ANGGOTA Riize iaitu Wonbin menegaskan keputusan memasukkan semula Seughan dalam kumpulan tersebut dibuat menerusi perbincangan mendalam bersama semua pihak.

Meskipun bukan mudah, Wonbin percaya keputusan itu adalah terbaik selepas mengambil kira pelbagi faktor.

"Saya rasa kalau kami tidak cakap apa-apa, ia akan membawa kepada lebih banyak kekeliruan.

Copy of Untitled - 2024-10-13T182815.839

Wonbin meminta maaf jika kumpulannya tidak dapat memuaskan peminat.

"Kami sudah berbincang panjang bersama Seunghan dan syarikat pengurusan kami, semua anggota pun sudah fikir masak-masak tentang hal ini.

"Jadi saya harap semua peminat faham dengan keputusan yang kami buat," katanya.

Wobin menjelaskan perkara itu menerusi hantaran mesej kepada peminat menerusi aplikasi Weverse pada Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat protes Seunghan kembali, hantar bunga kematian desak keluar Riize

ARTIKEL BERKAITAN: Hampir setahun berehat gara-gara kontroversi cium wanita, Seunghan akhirnya kembali kepada Riize

Dalam pada itu, Wonbin meminta maaf sekiranya keputusan diambil tidak menggembirakan hati peminat yang menggelarkan diri mereka Briize.

Bagaimanapun dia berharap penjelasannya sedikit sebanyak dapat mengurangkan kebimbangan peminat terhadap status kumpulannya.

"Kami sentiasa mahu buat peminat gembira, tetapi kami minta maaf jika kami gagal.

553 (39)

Peminat mengahantar bunga kematian susulan kemunculan semula Seunghan.

"Sekurang-kurangnya apa saya katakan ini dapat menyenangkan hati para peminat dan kurangkan kembimbangan anda," ujarnya.

Sebelum ini, kemunculan semula Seunghan menyertai Riize menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan peminat sehingga ada bertindak menghantar jambangan bunga kematian untuk penyanyi itu.

Nama Seunghan sebelum ini menjadi bualan ramai selepas tersebar foto dia menghisap rokok di tempat awam ketika berada di Jepun.

Tidak hanya itu, Seunghan juga terpalit kontroversi susulan gambar dia bercium dengan seorang wanita tular sehingga menimbulkan rasa kurang senang peminat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain