TIDAK berselindung dan tanpa segan silu pelakon Jefri Nichol memberitahu dia pernah tidur dengan lebih 20 orang wanita. Pengakuan itu dibuat oleh Jefri, 25, ketika menjawab satu soalan panas dalam sebuah rancangan bual bicara. Kenyataan tersebut nyata mengejutkan tetamu yang hadir kerana tidak menyangka dalam usia muda, Jefri sudah aktif melakukan hubungan intim dengan wanita. Jefri terbuka berkongsi kisah peribadi. Malah dia juga tanpa rasa malu berkongsi kegiatan seksualnya dan mengaku melakukan perbuatan onani dua hari sebelum tampil dalam acara berkenaan. Dalam masa sama, pelakon ini juga mendedahkan dia pernah diajak oleh seorang lelaki untuk bercinta. ARTIKEL BERKAITAN: Tiga tahun bercinta, akhirnya Jefri Nichol kongsi foto cium kekasih... Ramai wanita luah patah hati ARTIKEL BERKAITAN: Jefri Nichol dipanggil polis, jadi saksi kes pergaduhan "Ketika itu kami sedang berada dalam kereta dan berbincang untuk kembangkan sebuah cerita untuk filem dan kisahnya tentang pasangan gay. "Dia mengajak saya untuk betul-betul bercinta agar kami boleh kembangkan jalan cerita tersebut," ujarnya. Jefri bagaimanapun menolak permintaan tersebut dan menegaskan dirinya tidak ke arah hubungan songsang. Sebagai peringatan untuk pembaca mStar, perbuatan zina dan hubungan sejenis adalah dilarang dalam agama Islam. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!