suria

Selepas dedah skandal bekas suami, Yulhee tuntut hak penjagaan anak pula

Yulhee tuntuk hak penjagaan anak setelah kewangan stabil.

SETELAH membuat pendedahan mengenai skandal bekas suami, kali ini Yulhee tampil menuntut hak penjagaan anak dan isu nafkah.

Yulhee atau Kim Yulhee, 27, mendakwa bekas suaminya iaitu Choi Minhwan yang juga merupakan anggota kumpulan FT Island terlibat dengan aktiviti pelacuran menerusi sebuah rancangan televisyen Korea.

Dia juga mendakwa Minhwan sering mengunjungi pelayan bar semasa mereka masih berumahtangga.

Untitled design (1)

Yulhee kini bahagia dengan kehidupannya.

Yulhee yang juga merupakan bekas anggota Laboum ini dilaporkan telah memfailkan tuntutan berkenaan di Mahkamah Keluarga Seoul bagi menukar hak penjagaan anak dan pembahagian harta.

Ini kerana selepas penceraian mereka pada 2023, perbincangan soal hak penjagaan anak dan nafkah dilaporkan tidak dibuat secara formal.

Setelah berpisah, Minhwan diberikan hak penjagaan sementara sehinggalah Yulhee stabil daripada segi kewangan.

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas isteri bongkar kisah lama, Choi Minhwan boleh dipenjara terlibat aktiviti pelacuran

ARTIKEL BERKAITAN: Artis dapat laluan khas di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, semua gara-gara Byun Woo Seok

Yulhee baru menyedari bahawa dia mempunyai hak untuk menuntut penjagaan penuh dan pembahagian harta yang lebih adil.

Untuk rekod, Yulhee dan Minhwan mendirikan rumah tangga pada tahun 2018 dan dikurniakan seorang anak lelaki serta dua orang anak perempuan kembar.

Pasangan ini berpisah pada tahun lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan