suria

Nampak kurus dan lebih bergaya, ramai terkejut tengok penampilan terkini Adam Lambert

Adam mendedahkan dia mengambil Mounjuro untuk turunkan berat badan.

SELEPAS berjaya menurunkan berat badan, penampilan terkini penyanyi Adam Lambert menerima pujian peminat.

Terbaharu, Adam kelihatan kacak menyarungkan sut berwana biru ketika menghadiri sebuah acara di New York.

Malah peminat turut berpendapat penyanyi itu tampak lebih yakin dan bahagia berbanding dahulu.

Copy of Untitled - 2024-11-06T154831.483

Peminat berpendapat Adam kini kelihatan lebih yakin dan gembira.

Bercerita mengenai penurunan berat badannya, Adam mendedahkan dia mengambil Mounjuro yang juga sejenis ubat bagi merawat penyakit diabetes sejak tahun lalu.

Jelasnya, ubat tersebut berjaya membantu dia hilang lebih 27 kilogram dalam tempoh kurang daripada lapan bulan.

"Saya rasa diri saya semakin okay," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Usaha ambil Ozempic tidak berhasil, James Corden baru sedar ada masalah ketagihan makanan

ARTIKEL BERKAITAN: Kelly Clarkson akhirnya cakap jujur, ubat kurus bantu turunkan berat badan

Dalam pada itu, Adam turut memberitahu kesihatan mentalnya juga berada di tahap yang baik sejak berat badannya susut.

Sebelum ini, Adam mendedahkan mengalami masalah obesiti sehingga beratnya pernah mencecah 113 kilogram pada 2009.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan