suria

Tak serik gurau kasar, Kim Jong Kook dikecam sindir YouTuber

Kim Jong Kook dikecam kerana perli Jonathan.

PELAKON Running Man iaitu Kim Jong Kook sekali lagi mengundang rasa kurang senang dalam kalangan netizen kerana didakwa tidak menjaga hati salah seorang peserta Running Man iaitu Youtuber Jonathan.

Menerusi program Running Man, Jonathan dilihat seperti tersinggung dengan gurauan pelakon lelaki itu yang menyifatkan seperti menyindir dirinya kerana hadir ke majlis perkahwinan tanpa memberikan hadiah.

Gurauan kasar itu dilontarkan kepada Jonathan sewaktu Jong Kook sedang berbual dengan salah seorang peserta iaitu Yoo Jae Suk.

830 x 533 - 1

Kim Jong Kook undang kemarahan netizen lagi.

"Jonathan ni tidak memberi apa-apa hadiah sebagai tanda tahniah di majlis perkahwinan Jo Se-ho.

"Tapi dia hanya sibuk mengisi perutnya dengan makanan," kata Jong Kook.

Meskipun hanya gurauan namun ia telah mencetuskan kritikan serta kecaman dalam kalangan penonton.

ARTIKEL BERKAITAN: Sentuh isu sensitif, netizen kecam Kim Jong Kook gurau kasar dengan Ji Ye Eun

ARTIKEL BERKAITAN: Usia sudah menghampiri 50 tahun, Kim Jong Kook belum putus asa cari calon isteri

Ramai netizen menyifatkan gurauan itu tidak wajar memandangkan Jonathan masih muda yang berkemungkinan juga mengalami masalah kewangan.

"Kritik seorang anak muda awal 20-an seperti Jonathan ni memang tak wajar memandangkan tak semua orang berkemampuan.

"Ada sesetengah orang mungkin ada masalah kewangan yang perlu ditanggung," komen netizen.

Ini bukan kali pertama Jong Kook dikecam malah sebelum ini turut menerima kritikan kerana bergurau kasar dengan Ji Ye Eun kerana menyentuh isu sensitif berat badan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain