PELAKON asal Indonesia Barbie Kumalasari membuat kejutan apabila tampil dengan wajahnya dalam keadaan bengkak dan berbalut menerusi program Pagi-Pagi Ambyar. Kemunculan Barbie atau Kumalasari Mukhlisah, 42, yang baharu sahaja menjalani pembedahan plastik bukan sahaja mengejutkan penonton malah hos program tersebut. Pelakon itu menjelaskan dia menjalani pembedahan plastik buat kali kesembilan kerana ingin mendapatkan wajah seperti bintang realiti dan usahawan terkenal Kylie Jenner. Barbie sanggup bedah kelopak mata untuk terlihat seperti Kylie. "Barbie, mana mata awak?," sapa salah seorang hos program itu yang cuba meredakan kejutan sejurus Barbie muncul. Jelasnya, dia menjalani pembedahan kali ini bagi 'membaiki' bentuk hidung yang dirasakan tidak sekata. Dedahnya lagi, ini kali keempat dia menggubah hidungnya akibat komplikasi daripada suntikan filler kolagen pada 2011. ARTIKEL BERKAITAN: Barbie Kumalasari tak mahu disamakan dengan wajah orang Indonesia, mengaku keturunan Belanda ARTIKEL BERKAITAN: Barbie Kumalasari kena rompak, hilang rantai berlian bernilai RM118,000 "Hidung saya terpaksa dikikis kerana filler kolagen sebelum ini. Ia 'tumbuh' semula dan menyebabkan hidung saya jadi lebih besar dan bahagian tengah kelihatan bulat," jelasnya. Selain hidung, Barbie juga melakukan pembedahan pada bahagian kelopak mata untuk mendapatkan bentuk lebih besar dan seksi. "Kulit dikelopak mata saya dipotong dan dijahit semula supaya mata nampak lebih besar, lebar dan seksi macam Kylie Jenner," katanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!