suria

Hisap 100 batang rokok sehari, Shah Rukh Khan insaf selepas alami sesak nafas 

Shah Rukh nekad mengubah gaya hidup selepas mengalami masalah sesak nafas.

SELEPAS berpuluh tahun bergelar perokok tegar, bintang bollywood Shah Rukh Khan nekad meninggalkan tabiat tersebut susulan mengalami masalah sesak nafas.

Shah Rukh, 59, bagaimanapun masih mengalami masalah sama walaupun sudah mengubah gaya hidupnya.

"Saya ada berita baik untuk semua, saya tidak lagi merokok.

Copy of Untitled - 2024-11-04T133002.340

Shah Rukh mendedahkan pernah menghisap 100 batang rokok sehari.

"Saya ingat saya saya tak akan lagi rasa sesak nafas selepas berhenti tetapi ia masih sama," katanya.

Shah Rukh berkongsi perkara itu ketika sambutan hari lahirnya pada Sabtu lalu.

Dalam pada itu, pelakon itu kekal optimis dengan keputusan yang diambil dan percaya keadaanya itu akan lama-kelamaan pulih.

"Insya-Allah doakan yang terbaik untuk saya. Saya yakin semuanya akan baik-baik," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Masih dihargai pada usia 59 tahun, peminat banjiri perkarangan rumah Shah Rukh Khan

ARTIKEL BERKAITAN: Tahun terburuk buat Shah Rukh Khan, sedih ramai ramal zaman ‘kematian'

Sebelum ini, Shah Rukh mengejutkan ramai pihak apabila mendedahkan tabiatnya menghisap 100 batang rokok dalam sehari.

Malah dia pernah dikenakan denda selepas ditangkap merokok ketika menonton perlawanan kriket pada 2012.

Pada 2017, Shah Rukh merancang untuk meninggalkan tabiat tidak sihat berkenaan demi anak-anaknya namun gagal mengawal nafsu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain