TIDAK serik bercinta dengan golongan dikenali, bekas isteri penyanyi Virgoun mendedahkan teman lelaki baharunya merupakan seorang selebriti. Inara Rusli, 31, memberitahu mereka berkenalan ketika sama-sama terlibat dalam sebuah penggambaran dan hubungan mereka semakin rapat sejak itu. "Ya, dia (kekasih) dalam kalangan selebriti. kami bertemu pertama kali ketika menjalani pengambaran bersama," katanya. Inara bersedia membawa hubungan dengan kekasih ke fasa lebih serius. Dalam pada itu, Inara menjelaskan dia yakin jejaka tersebut ikhlas menyayanginya dan setia dalam perhubungan. Lebih membuatkan dia tertarik hati, lelaki berkenaan juga tidak mengikuti sebarang akaun wanita di laman sosialnya. "Dia seorang yang tidak pentingkan diri dan paling penting dia tak follow akaun perempuan di media sosial,” katanya. Mengakui bersedia membawa hubungan mereka ke fasa lebih serius, Inara sudah pun memaklumkan kehadiran kekasihnya kepada anak-anak. ARTIKEL BERKAITAN: Janda Virgoun sudah temui pengganti, beri bayangan bakal nikah dalam masa terdekat ARTIKEL BERKAITAN: Ikut nasihat ustaz, Inara sudah bersedia cerita perkara sebenar tentang Virgoun kepada anak-anak "Keluarga dan anak-anak semua sudah tahu, doakanlah. Kalau boleh semakin kita percepatkan semakin baik. Insya-Allah," ujarnya. Sebelum ini, Inara mendedahkan dia sudah pun menemui pengganti namun memilih untuk merahsiakan identiti jejaka tersebut. Untuk rekod, Virgoun dan Inara berkahwin pada 2014 namun pasangan itu bercerai pada November 2023 selepas penyanyi itu berkali-kali berlaku curang. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Starla Rhea Idola Virgoun, Faithlee As-Sya'ir Virgoun dan Terang Sharique Virgoun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!