VOKALIS FT Island Lee Hong Ki berang apabila kumpulan itu diheret sama dalam kontroversi membabitkan salah seorang anggotanya iaitu Choi Min Hwan. Hong Ki menyifatkan tindakan peminat memulau anggota lain FT Island sebagai tidak adil kerana mereka tidak melakukan sebarang kesalahan. “Tak adil! Saya rasa satu dunia menentang kami semua. Hongki dan Jaejin terpaksa meneruskan aktivi seni FT Island. “Tapi kami semua tetap akan terus berkarya sehingga saat terakhir!,” katanya. Kontroversi membabitkan Min Hwan mula menjadi perbualan hangat apabila bekas isterinya yang juga penyanyi Yull Hee mendedahkan dia terlibat dalam aktiviti pelacuran. Pada 26 Oktober lalu, Yull Hee turut mendedahkan rakaman suara dipercayai Min Hwan sedang menempah seorang wanita di sebuah rumah pelacuran. Akibat skandal itu, Min Hwan direhatkan daripada terbabit dalam sebarang aktiviti membabitkan FT Island. ARTIKEL BERKAITAN: Bekas isteri bongkar kisah lama, Choi Minhwan boleh dipenjara terlibat aktiviti pelacuran ARTIKEL BERKAITAN: Rose Blackpink obses dengan ketumbar, cadang buka kebun sendiri Tidak hanya itu, banyak aktiviti seni membabitkan kumpulan itu dibatalkan bagi meredakan kemarahan peminat. Sementara itu, luahan Hong Ki juga menerima kecaman peminat yang memintanya menutup mulut dan tidak mengeruhkan keadaan. Apa membuat peminat lebih geram, Hong Ki sebelum ini bermati-matian mempertahankan Min Hwan dan kini mengecam rakannya sendiri. "Kenapa dia yang acah-acah tersakiti? Tak matang betul perangai marah-marah depan peminat," komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!