PELAKON Ammar Zoni hanya sempat membayar nafkah buat kedua-dua anaknya sebanyak dua kali sejak bercerai sembilan bulan lalu. Ammar dilaporkan membuat pembayaran pertama menerusi adik lelakinya iaitu Aditya Zoni manakala kali kedua oleh rakannya. Perkara itu didedahkan peguam bekas isterinya yang juga pelakon Irish Bella iaitu Abdullah Emile Oemar. Ammar dan Irish bercerai 1 Februari lalu. “Nafkah yang dibayar Ammar buat anak-anaknya setahu saya baru dua kali. “Itu pun yang pertama menerusi adik lelakinya dan kawannya. Selebihnya saya tidak tahu sebab tiada maklumat lanjut,” katanya. Bagaimanapun Irish, 28, enggan memanjangkan perkara itu memandangkan suami baharunya iaitu Haldy Sabri yang memanggung nafkah anak-anaknya. Sebelum ini, Mahkamah Agama Depok memerintahkan Ammar, 31, yang sedang menjalani hukuman penjara membayar nafkah sebanyak Rp500,000 atau RM140 sebulan. ARTIKEL BERKAITAN: Semua duit Ammar Zoni dipegang bekas isteri, ramai mula salahkan Irish Bella punca cerai ARTIKEL BERKAITAN: Minta bimbing bekas isteri dan anak-anak... Ammar bagi pesanan kepada suami baharu Irish Untuk rekod, Irish pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Ammar Zoni pada 28 April 2019 namun bercerai pada 1 Februari lalu. Hasil perkongsian hidup, mereka mempunyai dua orang anak iaitu Air Rumi Akbar, 4, dan Amala Puti Sabar Akbar 2 tahun. Kemudian Irish bertemu jodoh dengan Haldy pada 19 Oktober lalu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!