PELAKON Han So-hee didakwa menipu umur dengan menukar tahun kelahiran dalam profil rasmi yang disiarkan oleh agensi naungannya. Perbuatan ini terbongkar apabila tular di sebuah laman komuniti Korea yang memaparkan tahun kelahiran pelakon Han So-hee berbeza dalam profil rasmi agensi dan senarai nombor pendaftaran penduduk Korea. Di dalam senarai nombor pendaftaran penduduk tersebut, tahun kelahiran So-hee ialah 1993 dan bukan 1994 seperti mana yang disiarkan sebelum ini. Agensi Han So Hee minta maaf kepada peminat. Menjawab mengenai isu tersebut syarikat agensi So-hee tampil menjelaskan perkara sebenar yang berlaku. “Ketika dia (So-hee) darjah 4, dia terpaksa berpindah ke Ulsan kerana ibunya terbabit dalam kesalahan undang-undang. “Dia tidak dapat meneruskan pelajarannya selama setahun selepas ibunya dipenjara barulah dia kembali ke Wonju dan mendaftar kembali di darjah 4,” katanya. ARTIKEL BERKAITAN : Han So Hee beli penthouse RM16.3 juta, berjiran dengan Hyun Bin dan Son Ye Jin ARTIKEL BERKAITAN : Han So Hee dituduh ada akaun palsu, konsisten tulis komen buruk di IG Lee Hyeri Dalam pada itu, agensi So-hee juga memberitahu pelakon itu sedih apabila mengetahui perkara ini menjadi tular. “Han So-hee merasa sedih ketika mengetahui perkara ini, kami ingin menegaskan perkara ini tidak ada kaitan dengan So-hee ia berlaku akibat tindakan ibunya,” ujarnya. Agensi So-hee turut memohon maaf kepada netizen kerana terpaksa mengambil tahu hal peribadi So-hee dan bukan hal kerjayanya. Untuk rekod, perkara ini menjadi tular apabila sebuah tangkap layar senarai nombor pendaftaran penduduk Korea pelakon itu tersebar pada 31 Oktober lalu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!