suria

Kes P. Diddy mungkin dibatalkan jika individu pertama buat laporan enggan muncul diri... Mahkamah tak nampak kesungguhan pengadu

Sekiranya Jane gagal mendedahkan identitinya, kes tersebut berkemungkinan dibatalkan.

MAHKAMAH memerintahkan individu pertama yang melaporkan P. Diddy atas tuduhan serangan seksual untuk segera tampil mendedahkan identitinya sebelum 13 November depan.

Hakim iaitu Mary Kay Vykocil mengeluarkan amaran bahawa kes tersebut berkemungkinan dibatalkan sekiranya wanita yang dikenali sebagai Jane Doe gagal berbuat demikian.

Sebagai individu pertama yang melaporkan perbuatan terkutuk Diddy, Mary berpendapat Jane sepatutnya bertanggungjawab dengan dakwaan yang dikemukakan terhadap mogul rap itu.

553 (30)

P.Diddy berdepan 120 tuduhan atas jenayah seksual yang dilakukan.

"Tindakan menuduh seorang individu terkenal melakukan pelakuan jenayah kira-kira dua dekad lalu sangat berat.

"Jane bagaimanapun tidak menunjukkan kesungguhan untuk menegakkan keadilan terhadap nasib yang menimpa lebih 100 mangsa," katanya.

Menerusia aduan kepada pihak berkuasa, Jane mendakwa Diddy bertindak memberikannya air soda yang dicampuri pil tidur dengan tujuan untuk merogolnya.

Insiden tersebut dikatakan berlaku ketika Jane hadir ke sesi ujibakat di sebuah hotel mewah di New York.

ARTIKEL BERKAITAN : 120 lagi mangsa kes jenayah seksual P. Diddy buat pengakuan... Paling muda budak 9 tahun

ARTIKEL BERKAITAN : Lawak Jamie Foxx ada maksud tersirat, dakwa P. Diddy punca dia terbaring koma 20 hari

Selain tuduhan tersebut, Diddy turut berdepan 120 tuduhan kegananasan seks melibatkan mangsa bawah umur pada 2 Oktober lalu.

Pada 16 September lalu, Diddy atau Sean John Combs, 54, ditahan oleh pihak polis di sebuah hotel atas tuduhan melakukan perbuatan keji sehingga ramai menjadi mangsa.

Sejak kes tersebut menjadi bualan, ramai golongan selebriti turut dikaitkan menjadi mangsa produser terkenal itu.

Diddy yang kini masih dalam tahanan bagaimanapun tidak mengaku atas semua kesalahan yang dibuat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain