suria

Belanja besar setiap bulan, Justin Bieber didakwa tak bayar cukai

Justin Bieber dilapor berhadapan tunggakan cukai hartanah sebanyak RM1.6 juta.

PENYANYI Justin Bieber dilaporkan sedang berhadapan dengan tunggakan cukai hartanah anggaran sebanyak RM1.6 juta bagi rumahnya di Coachella Valley, Amerika Syarikat.

Dikatakan sebahagian tunggakan tersebut perlu diselesaikan pada 12 Oktober manakala bakinya pula adalah sebelum 10 April tahun depan.

Pelbagai spekulasi timbul dan terkini terdapat sumber memberitahu bahawa tunggakan tersebut berlaku disebabkan Justin, 30, tidak pandai menguruskan kewangan.

Justin 1

Rumah Justin Bieber di Coachella Valley, Amerika Syarikat.

Penyanyi lagu Baby itu dikatakan sangat boros dan langsung tidak pandai berjimat.

"Dia membelanjakan jumlah wang yang sangat besar setiap bulan seperti jet peribadi, rumah dan juga memberikan derma kepada gereja," kata sumber.

ARTIKEL BERKAITAN: Tahu berita penahanan P. Diddy tapi Justin Bieber enggan masuk campur, mahu fokus jadi bapa dan suami hebat

ARTIKEL BERKAITAN: Justin dan Hailey timang cahaya mata lelaki, pilih nama Jack Blues Bieber

Tidak mengaku akan kesalahan sendiri, Justin juga didakwa sedang mempertimbangkan untuk menyaman bekas pengurusnya kerana pecah amanah.

Untuk info, kediaman mewah di Coachella tersebut berjumlah RM72.6 juta.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain