suria

Channing Tatum sempat cacah tatu nama kekasih, hubungan 3 tahun dengan Zoe Kravitz berakhir perpisahan

Pasangan itu berpisah selepas setahun mengikat tali pertunangan.

HUBUNGAN cinta selama tiga tahun di antara pelakon Channing Tatum dan Zoe Kravitz dilaporkan sudah berakhir dengan perpisahan.

People melaporkan Zoe, 34, dilihat sudah tidak lagi memakai cincin pertunangan mereka sejak beberapa minggu lalu yang menguatkan lagi khabar angin perpisahan pasangan tersebut.

Malah kali terakhir mereka dilihat meluangkan masa bersama menerusi perkongsian gambar di Instagram pada awal September lalu.

Bagaimanapun, Channing dan Zoe memilih mengunci mulut mengenai dakwaan mereka sudah berpisah.

Copy of Untitled - 2024-10-30T123554.953

Zoe dan Channing dikhabarkan tidak lagi terlihat meluangkan masa bersama.

Khabar angin perpisahan pasangan itu mengejutkan ramai pihak memandangkan Channing. 43, baru sahaja mencacah tatu nama Zoe pada bahagian tangannya.

Sebelum ini, Channing dan Zoe mengikat tali pertunangan pada selepas dua tahun menjalinkan cinta.

Untuk rekod, pasangan itu pertama kali bertemu ketika pengambaran filem pertama arahan Zoe iaitu Pussy Island sebelum hubungan itu bertukar cinta.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua tahun jalin hubungan cinta, Channing Tatum dan Zoe Kravitz bertunang

ARTIKEL BERKAITAN: Cinta 6 tahun Taylor Swift dan Joe Alwyn berakhir perpisahan

Pasangan itu mengikat tali pertunangan dua tahun lalu.

Channing pernah berkahwin dengan Jenna Dewan pada 2009 namun bercerai pada Novemebr 2019.

Hasil perkawinan itu mereka dikurniakan seorang anak perempuan yang kini berusia 10 tahun.

Manakala, Zoe pula pernah berkahwin dengan aktor Karl Glusman pada 2019 namun berpisah tiga tahun kemudian.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain