suria

Jefri Nichol dipanggil polis, jadi saksi kes pergaduhan

Jefri sebelum ini pernah ditahan polis bagi membantu siasatan kes pergaduhan tersebut.

PELAKON asal Indonesia iaitu Jefri Nichol dilaporkan terlibat dalam sebuah insiden pergaduhan sehingga mengakibatkan seorang lelaki berusia 30 tahun mengalami kecederaan.

Perkara tersebut disahkan wakil Balai Polis Jakarta Selatan yang memberitahu Jefri telah dipanggil untuk soal siasat pada Isnin.

Bagaimanapun nama pelakon itu kini disebut sebagai saksi kejadian dan kes berkenaan masih dalam siasatan pihak berkuasa.

jefri-nichol-1_169

Jefri kini menjadi saksi polis.

"Kes masih dalam siasatan. Jefri Nichol sebagai saksi diminta memberi keterangan. Namanya masih sebagai saksi yang melihat dan mendengar," jelas wakil polis.

Jefri dilaporkan hadir ke balai polis dan selesai menjalani sesi soal jawab selama dua jam dengan 20 soalan berkaitan insiden.

Kejadian berlaku pada 10 September lalu di sebuah tempat makan di daerah Senopati Jakarta Selatan sekitar pukul 2 pagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Jefri Nichol bekerja seawal usia 17 tahun, perlu tanggung keluarga selepas ibu bapa bercerai

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga tahun bercinta, akhirnya Jefri Nichol kongsi foto cium kekasih... Ramai wanita luah patah hati

Mangsa ketika itu dikatakan keluar bersama teman wanitanya dan berlaku sentuhan dengan seorang individu lain.

Mengsa kemudian bertanya tentang perkara tersebut sebelum kejadian pergaduhan berlaku.

Pihak polis juga mengesahkan punca kejadian tersebut adalah disebabkan salah faham.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain