ENGGAN timbul sebarang spekulasi atau fitnah terhadap dirinya, Inara Rusli terbuka untuk berkongsi sijil perceraian dengan bekas suami iaitu penyanyi Virgoun. Bagi Inara, 31, dia memilih berkongsi perkara itu kerana bimbang wujud pelbagai tanggapan tidak benar, lebih-lebih lagi dirinya seorang dikenali. "Sebenarnya saya malas nak kongsi hal-hal begini, tetapi apabila sudah menjadi public figure, kesannya boleh timbul fitnah yang semakin menjadi-jadi. Inara bersama peguam yang menguruskan penceraiannya. "Saya akan padam selepas sudah rasmi menjadi isteri orang nanti," katanya. Inara berkongsi perkara tersebut di Instagram bersama gambar dia dan peguam yang mengendalikan kes cerai sebelum ini. Sementara itu, dalam satu hantaran yang dimuat naik oleh peguam bernama Bagas itu, dia turut berkongsi ucapan buat bakal suami Inara dengan meminta izin untuk mewakili anak guamnya itu. "Buat suami baru Inara, izinkan saya untuk melakukan pemeriksaan jumlah aset, jumlah hutang dan tanggaungjawab supaya klien saya dan anak-anaknya tenang," ujarnya. ARTIKEL BERKAITAN: Janda Virgoun sudah temui pengganti, beri bayangan bakal nikah dalam masa terdekat ARTIKEL BERKAITAN: Ikut nasihat ustaz, Inara sudah bersedia cerita perkara sebenar tentang Virgoun kepada anak-anak Dalam sijil perceraian tersebut dinyatakan Inara dan Virgoun sah bercerai sejak Januari lalu. Sebelum ini perkongsian Inara yang akan kembali berumah tangga menimbulkan pelbagai spekulasi termasuk kecaman kerana dia baru sahaja melalui proses penceraian. Untuk rekod, Inara dan Virgoun mendirikan rumah tangga pada 2014. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!